Laporan Ketua Audit Negara November 2011 mengesahkan Jamil Khir, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah
Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah
Persekutuan, Shamsuddin Hussain menggunakan RM63,650.00 daripada wang zakat
untuk membiayai kos guaman menghadapi kes permohonan qazaf Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.
Sedia maklum pengagihan wang pungutan zakat adalah hanya kepada 8
golongan asnaf. Tidak pula ada peruntukan untuk pendahuluan seperti perkara di
atas.
Menteri pada waktu itu memggambarkan ujudnya asnaf ke 9 dalam pengagihan wang
zakat. Sini
Isu DNA babi dalam
produk Catburi telah diumumkan
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi laman Facebook rasminya dan
kenyataan itu turut disiarkan oleh media arus perdana.
Semalam (2 Jun) - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
mengesahkan dua sampel produk coklat keluaran syarikat Cadbury Confectionary
(M) Sdn. Bhd. (Cadbury) yang diambil terus daripada kilang syarikat itu dikesan
tidak mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi (porcine).
Umum sedia maklum siapa pemegang sebahagian saham Catburi. Sini
Maka penghujung perenggan atas dan bawah adalah halal.